Myinapdesa



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


MyINAPDESA Cantik, BERSIH DAN SELESA. YANG PENTING HARGANYA MURAH.

 MyInapdesa.



HJ MD SALLEH TIMAN
Pengurus, 
https://bit.ly/Jomstay
hp: 01120203555
email: kopsalleh@gmail.com
Lokasi

Lot 244 Kg Gombak, Peserai Kecil,
83020 Batu Pahat, Johor


(15 minit dari pusat Bandar Batu Pahat, Johor.)

KENAPA MyInapdesa

Sebab MYINAPDESA menyediakan 3 bilik tidor berhawa dingin, 2 bilik air dan lain-lain kelengkapan khusus untuk MUSLIM, tersedia 2 buah kembar.




Untuk keselesaan para penginap dicadangkan hanya sesuai 2 orang untuk sebilik tidor, pihak kami tidak menyediakan extra tempat tidur juga tidak menyediakan dapur memasak.

APA YANG BERHAMPIRAN

- Sebelah Masjid Al Masyhur, Kg Gombak
- Hospital Pakar Putra Batu Pahat - 15 minit.
- Medan Selera, Nasi Baryani - 15 minit.
- Pusat Bandar Batu Pahat - 15 minit.
- Aeonbig, Pasaraya, KFC, McD - 20 minit.
- Warong dan gerai makan di kawasan sekitar    5 - 10 minit perjalanan.

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN


GAMBARAN SEBENAR




















KADAR SUMBANGAN

Kadar bayaran myinapdesa sangat menasabah dan berpatutan mengikut jumlah malam menginap.


OFFER!!! PROMOSI!!!


 Promosi hebat dan termurah di kawasan ini


Cuti Sekolah, 
Cuti Umum, 
Cuti Khas, 
Cuti Hujung Minggu,
Cuti Hari Raya. 

HARGA TETAP SAMA - MURAH!!!!!

1 Malam RM200.00


Masuk jam 3.00 petang dan Masa keluar jam 12.00 tengahari keesokan harinya.

NOTA
(Masuk lewat atau keluar awal masih kadar sumbangan sama)


PERHATIAN

- Tempahan dan deposit awal akan                    diutamakan.



Sebarang pertanyaan boleh masej atau whatsapp 
⇩⇩⇩

☏  
wasap


Myinapdesa sesuai untuk penginapan seisi keluarga yang ingin bercuti dan melancong sambil menikmati udara bersih yang sangat nyaman dalam suasana kampong.

Myinapdesa hanya menyediakan penginapan sahaja, tiada menyediakan makanan.  Untuk membeli makanan anda boleh berhubung restoran dan medan selera berdekatan.  Jarak Myinapdesa kami ke Bandar Batu Pahat hanya 3 km.  Pelbagai jenis restoran berdekatan di sini antaranya seperti KFC, McD, restoran makanan Melayu, restoren, warong dan gerai - gerai melayu.

Lihat sendiri gambar  sebenar myinapdesa lebih dekat. 


2 Kembar ala rumah lama tradisi di kampung pandangan dari hadapan rumah

Bangunan Kembar Myinapdesa


Pandangan sebuah rumah


Penghawa dingin Bilik


Tangga Utama


Ruang tamu


Tangga ke Bilik Atas


Bilik Utama 1


Bilik utama 2


Ruang Tamu


Ruang Dapur

Sebahagian ruang tamu





CANTEK KEMAS DAN BERSIH! KAN.....

==========

Alhamdulillah... Sejak myinapdesa dibina pelanggan yang menginap bukan sahaja sekadar dari pelangan tempatan sahaja, malah dari serata tempat yang pernah menginap di myinapdesa ini dan mereka menyatakan sangat berpuashati bahkan ramai yang berkunjung berulang kali.

Kepada mereka yang berhajat membuat tempahan sila penuhi borang berikut.


======================================


(Whatsapp)

(klik wasap di atas )
======================================

Bayaran tempahan boleh dibuat terus ke akaun di bawah, jika tiada pendahuluan diterima myinapdesa tidak menjamin tempahan ada disediakan atau sebaliknya,
=========================

151034685808 (Maybank2u)
MD SALLEH BIN TIMAN

======================================

MUSTAHAK

Maklumkan slip bayaran dan wasap ke no. 01120203555

===================
BERITA BEBERAPA PELANGGAN 

Sekeluarga dari Klang, Selangor.




Sekeluarga dari Klang, Selangor.



Penyerahan cenderahati dari myinapdesa kepada tamu bertuah.. Tahniah...



Satu keluarga dari Putrajaya




Aktiviti BBQ dari keluarga


 Tamu dari Putrajaya


 Tamu dari Johor Bahru

Encik Hazrin Ahmad

TESTEMONI PELANGGAN

Apa yang pelanggan katakan tentang servis kami

Testemoni 1

Rating: ★★★★★★★★ (8/10)


Testemoni 2


Rating: ★★★★★★★★ (8/10)

Duduk di homestay myinapdesa memang berpuashati
sangat, selesa, bersih dan murah, saya menginap 2 malam 
di sini.

Testemoni 3


Rating:  ★★★★★★★★★★ (10/10)

Walaupun saya duduk di Putrajaya tapi saya menginap
di myinapdesa sangat selesa dan seronok sekali
kawasan sekitarnya, dekorasi homestay sangat teratur
dengan harga yang sangat murah.


Testemoni 4


Rating:  ★★★★★★★★★ (09/10)

Menginap di homestay myinapdesa memang
tempat yang dicari, selesa, bersih dan murah..
memang tak rugi saya galakkan anda semua pilihlah tempat ini.




Testemoni 6

Rating:  ★★★★★★★★★★ (10/10)

Testemoni  7


Encik Khairunajib Ahmad Shamsiddin
Klang, Selangor
Homestay yang selesa, rekabentuk tradisional
rumah kampong yang cantik.
no. hp: 0169089591
Rating:  ★★★★★★★★ (08/10)


PERATURAN PENGINAPAN

 

1.      Waktu check-in mulai pukul 3.00 petang dan waktu check-out 12.00 tengahari.

 

Sekiranya tiada pelanggan check-in pada hari itu, masa chek-out boleh dilanjutkan dengan persetujuan budi bicara pihak pengurusan.

2.     Deposit/Pendahuluan.


Sebagai tanda “pegang janji”, kami memerlukan deposit RM100.00 untuk ‘block date’ khusus untuk pengunjung yang benar-benar ingin membuat tempahan.

3.     Bayaran Penuh.

 

Bayaran penuh mesti dibuat semasa check-in (semasa kunci diberi)

4.     Rekod Pendaftaran Penginap

 

Tetamu hendaklah mengisi REKOD PENGINAPAN dengan lengkap semasa check-in.

5.     Bilangan tetamu/penghuni.

 

Bilangan tetamu/penghuni yang dibenarkan untuk menginap hanya 6 orang sahaja, kami hanya menyediakan 3 bilik tidur sahaja.

6.     Hubungan Mahram

 

Tetamu yang dibenarkan adalah terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram atau kumpulan rakan yang sama jantina.  Pasangan yang bukan mahram tidak dibenarkan sama sekali. Penyewa Muslim sahaja.

7.     Makanan dan minuman

 

Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke premis penginapan.  Minuman keras/alkohol tidak dibenarkan sama sekali.

8.     Bahan terlarang.

 

Bahan-bahan yang salah dari segi undang-undang yang dilarang oleh Pihak Berkuasa seperti bahan letupan, bom, peluru, dadah, ganja, syabu dan lain-lain tidak dibenarkan sama sekali.

9.     Kebersihan dan keselamatan peralatan dalam Homestay

 

Menjaga kebersihan dan keselamatan semua peralatan dalam dan luar rumah.  Buang sampah ke dalam bakul sampah dan tong sampah yang disediakan dan tidak dibawa keluar, diharap juga tidak mengubah kedudukan sebarang perabot di dalam homestay.

10.     Kemudahan Asas Letrik & Air


Menggunakan kemudahan yang disediakan  dengan cara berhemah dan tidak membazir.  Tutup suis lampu, suis kipas, Air Con, Paip air sekiranya keluar atau tidak digunakan.  Tutup tingkap sebelum meninggalkan homestay.

11.     Sebelum check-out.

 

Sebelum check out, pastikan barang-barang berharga milik peribadi anda tidak tertinggal begitu juga pastikan barang dan peralatan Myinapdesa tidak terbawa keluar.

12.     Kerosakan semasa menginap

 

Mohon kerjasama untuk memberitahu pihak kami sekiranya terdapat sebarang kerosakan peralatan rumah atau sebarang “kejadian” kecil yang tidak diingini berlaku sepanjang menginap di homestay kami, pihak kami akan cuba membantu sesegera mungkin.

13.     Jika terlalu memerlukan.

 

Pengurus/tuan rumah berhak memasuki homestay pada bila-bila masa sekiranya sangat memerlukan.




Ulasan